Monday, 20 February 2012

Adab Berjimak Mengikut Syarak



Walaupun wanita itu halal bagi lelaki dengan melalui pernikahan akan tetapi bukanlah bererti suami boleh berbuat sekehendak hatinya terhadap isterinya. Kesopanan, kehalusan budi dan menjalankan kewajipan-kewajipan sangatlah dituntut. Di dalam berjimak ada beberapa larangan yang telah ditentukan oleh syarak dan mendapat hukuman tercela bagi yang melakukannya.
Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"
Semua yang dinyatakan di bawah ini adalah sebahagian daripada nasihat dan pandangan orang tua yang diperolehi secara turun temurun atau daripada kita. Kesahihan atau kebenaran hanya tuhan yang menentukan, kita sebagai manusia atau makhluk tuhan hanya mampu merancang..
Islam melarang bagi pasangan suami isteri membuka rahsia atau menceritakan hubungan seks mereka kepada orang lain. Dalam sebuah hadith diterangkan bagi lelaki yang menceritakan adegan jimak mereka kepada orang lain tergolong seburuk-buruk manusia di sisi Allah.
Islam melarang dan mengharamkan bagi suami yang menjimak isterinya melalui lubang duburnya. Dalam sebuah hadith diterangkan “terkutuk dan terlaknat siapa yang mendatangi isterinya dari lubang duburnya”.
Islam melarang bersetubuh dengan isteri yang dalam keadaan haid dan nifas.
Diantara ada-adab jimak yang dianjurkan antara lain:
1: Dalam melakukan jimak niatkan dalam hati untuk memenuhi kewajipan daripada Allah serta mengikuti sunnah Rasulullah SAW bukan semata-mata memuaskan hawa nafsu.
2: Sebelum bersetubuh membaca doa.
3: Waktu bersetubuh dilakukan dengan hati yang gembira, tidak dalam keadaan terlalu lapar atau terlalu kenyang sebab akan mengurangi nikmat persetubuhan.
4: Memakai haruman-haruman dan pakaian yang bersih.
5: Suami tetap berusaha untuk mencapai kepuasan secara bersama jangan hanya mementingkan diri sendiri. sebaiknya tunggu isteri mencapai klimaks terlebih dahulu.
6: Dianjurkan berwuduk sebelum berjimak.
7: Dianjurkan juga setelah bersetubuh, suami mahupun isteri mencuci kemaluannya dengan bersih.


Tuesday, 14 February 2012

PANTANG LARANG UNTUK KESIHATAN TENAGA BATIN

Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan sama ada serta merta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu, antaranya:

1: Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila berjima’. Batang zakar harus sentiasa panas.
2: Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.
3: Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.
4: Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.
5: Jangan hembus nafas ketika minum, tahani nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jima’.
6: Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.
7: Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.
8: Kurangkan dari memakan Pisang Embun.
9: Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.
10: Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar.
11: Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik. Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.
12: Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.
13: Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.
14: Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.
15: Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima’ lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.
16: Jangan jima’ di dalam air.
17: Jangan terus minum air selepas jima’, rehat dahulu 15 minit.
18: Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.
19: Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.
20: Jangan jima’ isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit.
21: Jangan cungkil gigi dengan kemuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.